Archive for the “Lawak antarabangsa” Category


Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kelisa tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kelisa tadi. “Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?”tanya pemuda

berusia dalam lingkungan 20an.”a’ha rosak “jawap pakcik tu simple aje….

“Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol”mamat nie bagi idea. “worrait gak tu…”, tapi….nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam”

“Ok pakcik”..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kelisa didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.Mamat tu pun slowkan balik.. Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie…lupa la pulak dia dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia. Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan. Vrooommm……bedesup peginye… ini dah lebih speed limit nie…kate polis nie..cecah 250kmj memasing nie… Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie… “Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah

ferrari,sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye………sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!’ *

Comments 1 Comment »

Suami bin Lelaki 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

___________________________________________________________________________ _____________________________________

Isteri binti Perempuan 17, Jalan Angkasa, 24300, Kemaman Terengganu.

31 April 2006

Puan,

PERKARA : PERMOHONAN UNTUK BERPOLIGAMI

Perkara di atas adalah di rujuk.

2. Sebab utama permohonan ini di lakukan adalah kerana saya ingin
melengkapkan kuota yang telah di peruntukkan bagi saya. Buat masa ini kuota
yang telah di isi cuma satu, memandangkan masih ada 3 kekosongan, eloklah
jika dapat di penuhi secepat mungkin. Pihak yang akan mengisi satu
kekosongan ini buat masa ini ialah Cik Hindun binti Mat Tiga Tiang yang
merupakan setiausaha saya di pejabat. Memandangkan komitmen yang beliau
tunjukkan di pejabat amat baik, eloklah jika kita masukkan dia bersama kita
di dalam organisasi keluarga kita. Kekosongan yang selebihnya akan di isi di
masa akan datang.

3. Untuk makluman pihak puan, yang sebenarnya masalah ini telah lama saya
fikirkan tetapi memandangkan poket saya yang selalu nipis, terpaksalah saya
tangguhkan dulu permohonan ini di samping kurangnye rasa keyakinan untuk
mengemukakan permohonan ini. Kini, setelah saya dapat mengeluarkan kesemua
duit pelaburan Tabung Haji saya, saya merasakan kembalinya semangat saya
yang telah hilang selama ini.

4. Permohonan ini amat setimpal kerana dengan kedudukan sekarang ia
menguntungkan kedua belah pihak dan juga pihak ketiga. Selama ini hidup kita
bahagia sebab jika tidak, manakan mungkin puan dapat menjadi seperti
sekarang. Semua yang puan miliki sudah bertambah besar. Kereta besar, rumah
besar, rantai besar dan pakaian besar. Jika dulu potongan puan seperti
gitar, kini sudah bertukar menjadi drum. Oleh itu, sudilah kiranya dapat
kita kongsi bersama insan lain kebahagiaan kita ini.

5. Pihak puan juga dapat menikmati faedah dari kelulusan permohonan ini
kerana puan akan tetap menikmati apa yang telah puan miliki sekarang dengan
waktu bekerja lebih singkat dan sistem syif akan di perkenalkan iaitu 1 hari
kerja dan 1 hari cuti rehat. Waktu bekerja yang selebihnya akan ditampung
oleh pihak ketiga. Kebaikan yang puan akan nikmati ialah waktu rehat yang
bebas kerana dalam waktu puan bercuti, saya selaku Penyelia tidak akan
memantau aktiviti yang puan lakukan. Pada waktu itu saya cuma akan fokus
kepada hasil kerja pihak ketiga. Menguntungkan bukan?

6. Segala kerjasama dari pihak puan saya dahulukan dengan ribuan terima
kasih. Saya amat berharap pihak puan dapat meluluskan permohonan saya ini
kerana adalah lebih baik jika kita dapat berkongsi kebahagiaan kita ini
bersama insan lain. Saya harap permohonan saya ini di balas dengan senyuman
penuh keikhlasan dari pihak puan dan tandatangan puan di atas kertas yang
saya lampirkan bukannya balingan periuk nasi, pinggan-mangkuk, ketukan
senduk dan perkara-perkara yang menyukarkan pihak puan untuk melakukannya.

7. Saya harap puan sudi meluluskan permohonan ini. Hadirkanlah senyumanmu
sebagaimana ketika kita menyambut orang baru iaitu bayi kita kedalam
keluarga kita 10 tahun lepas. Situasinya lebih kurang sama dengan masa kini.
Kita akan menerima orang baru juga cuma bezanya ialah jika 10 tahun yang
lepas kita perlu menjaga dan membelainya dengan manja bersama tetapi kali
ini, setiap urusan penjagaan dan belaian manja akan di laksanakan oleh saya
sepenuhnya.

8. Akhir kata, saya harap permohonan saya ini dapat dibalas secepat mungkin.
Semoga kita bersama-bersama dengan pihak ketiga akan dapat melaksanakan
program ini dengan jayanya.

Sekian, Terima Kasih.

“BERKORBAN DAN BERKONGSI KEBAHAGIAAN LAMBANG RUMAHTANGGA BAHAGIA”

Yang Ikhlas Memohon,
Suami bin Lelaki

Comments No Comments »

Haram menikahi gadis satu kampung; JAKIM telah mengeluarkan fatwa baru.
Setelah diadakan perbincangan dan diskusi diantara para pemimpin JAKIM
dan ahli ulamak, memberikan fatwa pada tanggal 3 Oktober tahun 2003:

"HARAM HUKUMNYA BAGI SEORANG MUSLIM LAKI-LAKI UNTUK MENIKAH DENGAN
GADIS SEKAMPUNG"

Fatwa JAKIM ini telah menimbulkan perdebatan dan bantahan yang sangat sengit antara yang pro dan kontra. Bahkan banyak pihak yang menyatakan bahawa JAKIM telah mengambil keputusan yang tersebut tidak munasabah dan terburu-buru. Wartawan Berita Harian telah meminta pegawai kanan JAKIM untuk memberi ulasan yang mendalam sebab sebab JAKIM mengeluarkan fatwa sedemikian. Inilah isi wawancara tersebut:

Wartawan: Bagaimana JAKIM boleh mengeluarkan fatwa haram untuk
menikahi gadis sekampung?

Pegawai Kanan : Bagaimana tidak haram, sedangkan menikahi empat orang
wanita sahaja sudah berat, apalagi satu kampung!!!

wakakakakakaka!!!

Comments No Comments »